SK CONVENT SITIAWAN

  • Home
  • Profil Sekolah
  • Visi Dan Misi
  • Staff
  • Kurikulum
  • Ko-kurikulum
  • Pencapaian
  • Program Sekolah
  • Program Jalinan
  • Download
  • Hubungi Kami



 

LENCANA SEKOLAH   

Lencana sekolah-sekolah Convent Infant Jesus adalah lencana antarabangsa yang digunakan oleh pelajar-pelajar dalam kelima-lima benua – meliputi tempat-tempat yang berjarak jauh seperti California,  Perancis,Peru,Itali,Sepanyol,England,Jepun,Negeri Thai,Singapura dan Malaysia..

Di tengah lencana ini berwarna merah dan berpalang perak dan emas.  Merah memberi mesej kasih sayang,iaitu kasih sayang Tuhan ke seluruh dunia ini.

    Di sebelah kanan terdapat sebuah Kitab Suci. Kitab Injil kepada penganut Kristian,Al-Quran kepada penganut Islam,Kitab Dharmapada kepada penganut Buddist dan Kitab Bhagavadgita kepada penganut Hindu.  Pengajaran kitab-kitab ini menjadi panduan prinsip agama masing-masing.Ini ditekankan  kepada kita,rakyat Malaysia dalam prinsip Rukun Negara yang pertama:Kepercayaan Kepada Tuhan.

    Disebelah kiri lencana terdapat Gelendung Benang. Ini melambangkan kerja. Dalam pekerjaan kita masing-masing,kita berbangga kerana dikaitkan dengan beribu-ribu budah=k perempuan lain daripada berbagai budaya,umur  dan zaman yang menurunkan kita satu tradisi yang mulia. Tiap seorang dari kita memainkan peranan sama ada secara intelektual atau pun manual dalam membentuk satu dunia yang aman damai.

    Sebutir Bintang Emas terletak di bahagian atas Perisai dan sejambak bunga Marguerites dan motto Tulus Dengan Fadillah, Azam Dengan Bakti mengelilinginya.  Bintang ini melambangkan sinaran dan cahaya perpaduan yang menggalakkn kita memenuhi cita-cita kita, iaitu kelima-lima prinsip Rukun Negara:-

                   Kepercayaan Kepada Tuhan

                   Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

                   Keluhuran Perlembagaan

                   Kedaulatan Undang-undang

                   Kesopanan Dan Kesusilaan

     Lencana sekolah Convent ini adalah lambang kehormatan.  Ia menunjukkan sifat-sifat murid-murid Convent Infant Jesus di seluruh dunia. Ia menggalakkan kita meneruskan tradisi kemuliaan dan usaha yang diturunkan.

                 


BENDERA SEKOLAH

  • Lencana sekolah. Lencana Antarabangsa sekolah-sekolah Convent dengan maksudnya seperti yang telah diterangkan.

  • Warna biru melambangkan warna Sekolah-sekolah Convent.
  • Warna putih melambangkan sifat-sifat suci dan murni.

  • Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada , Raja Negara dan sekolah.



SEJARAH SEKOLAH

Pertubuhan “Sister of The Infant Jesus” didirikan di Negara Perancis pada abad ke 17 oleh seorang daripada golongan “Minim’, iaitu Reverend Father Nicholas Barre (1621 – 1686)

   Father Barre mempunyai penuh kepercayaan kepada Tuhan. Beliau memerhatikan penderitaan penduduk-penduduk di desa Rauen, Perancis dan terus berazam untuk membantu mereka, terutamanya kanak-kanak.

     Pada tahun 1666, beberapa orang murid wanita yang mempunyai hasrat yang sama dengan Father Barre bersetuju untuk mengajar dan mendidik kanak-kanak di sana, khasnya kanak-kanak yang miskin.

     Kumpulan Sisters yang pertama telah tiba di Malaysia pada tahun 1852. Mereka mencurah tenaga mereka kepada pendidikan di sekolah dan memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang malang.

     Sejak 1952, banyak sekolah-sekolah Convent telah didirikan oleh Pertubuhan Infant Jesus Sisters. Kebanyakan sekolah-sekolah ini terdapat di negeri-negeri di pantai barat di Semenanjung Malaysia.

     Sekolah Kebangsaan Convent Sitiawan adalah sebuah sekolah gred B. Kod sekolah ABB 1042. Dahulu dikenali dengan nama SRK Our Lady’s Convent. Mula dibina dalam tahun 1954. Terletak berhampiran jalan raya yang sibuk isitu Jalan Raja Omar. Tidak jauh dari bandar Sitiawan dan Pejabat Pelajaran Daerah Manjung. Berdahapan dengan Sekolah Kebangsaan St. Francis dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Sitiawan.

      Pada peringkat awal penubuhannya, hanya ada 74 orang murid dan Guru Besar itu Puan E. Martinez. Pada tahun 1960, bilangan murid yang belajar di sekolah ini telah meningkat kepada 437 orang. 3 buah bilik darjah lagi terpaksa ditambah lagi menampung bilangan pelajar. Bilangan guru ketika itu seramai 17 orang dan 5 orang kakitangan bukan guru. 4 buah bilik darjah telah dipinjam dari Sekolah Kebangsaan St. Francis untuk membolehkan semua aliran dijalankan pada satu sesi sahaja.

     Persekolahan dua sesi ( dua sidang ) terpaksa dijalankan mulai tahun 1979. Masih dikekalkan sehingga sekaran. Murid-murid Tahap 2 belajar pada sesi pagi dan Tahap 1 pada sesi petang. Kegiatan Ko-kuirikulum bagi Tahap 1 dijalankan pada sebelah petang.

     Pada awal Mac 1982, Guru Besar ketika itu, Puan Mah Ai Hua telah berusaha membina sebuah bangunan dua tingkat dengan kerjasama serta sokongan kuat dari derma guru-guru, staf  sokongan, PIBG, orang perseorangan dan bantuan daripada Bahagian Pembangunan serta Kementerian Pendidikan. Bangunan ini siap pada Ogos 1982. Tingkat bawah dijadikan bilik guru dan bilik muzik.. Sekarang bilik muzik tersebut dijadikan bilik Sains. Tingkat atas dibahagikan kepada beberapa bahagian terdiri dari bilik Pemulihan Khas, perpustakaan dan Pusat Sumber. Di Bilik Pusat Sumber ini juga ditempatkan 6 set komputer untuk menjalankan pendidikan melalui komputer pada tahun 1988hingga 2003.

     Pihak pengurusan sekolah juga telah berjaya membina sebuah bengkel untuk Kemahiran Hidup pada penghujung tahun 1996. Mula digunakan pada januaari 1997. Kos pembinaan lebih kurang RM14,000.00 hasil sumbangan derma murid-murid, ibubapa, guru-guru dan PIBG.

     Murid-murid sekolah ini menyambung pelajaran mereka ke Tingkatan Satu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent bersebelahan dengan sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Convent dan Sekolah menengah Kebangsaan Convent berada dalam satu kawasan, berkongsi pintu masuk dan pintu keluar, berkongsi padang, kantin, bangunan sekolah. Saling bekerjasama, erat, toleransi, bantu-membantu dalam bayak perkara demi menjaga kehormonian.

 

Mulai 1998, PIBG telah bersetuju menubuhkan Kelab Komputer terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Tenaga pengajarnya terdiri dari beberapa orang iibubapa yang mahir komputer. Setiap ahli dikenakan yuran RM10.00 sebulan. Kelas bermula setiap petang dari pukul 5.00 hingga 6.30 petang serta pada hari Sabtu dan Ahad dari pagi hingga petang. Tenaga pengajar dibayar elaun yang berpatutan. Mulai tahun 2003, kelas berkenaan tidak dijalankan lagi.




SEKARANG

Bilangan guru di sekolah ini ialah seramai 28 orang, 7 orang staf sokongan dan 423 orang murid yang terdiri dari pelbagai kaum belajar di Sekolah Convent. Daripada jumlah 423 orang murid sebanyak 220 orang adalah dari Tahap 1 dan 203 orang terdiri dari tahap 2. Sesi pagi bermula jam 7.40 pagi hingga 1.05 tengah hari. Sesi petang bermula pada jam 1.05 hingga 6.05 petang. Pengawal Keselamatan bertugas 2 shift dari jam 7.00 malam – 7.00 pagi dan 7.00 pagi – 7.00 malam    

Sekolah Kebangsaan Convent, Sitiawan adalah satu-satunya sekolah rendah perempuan di Daerah Manjung dan akan mengekalkan tradisi ini.

     Pada Tahun 2006, Bilik Agama Islam dinaik taraf dari bangunan kayu ke bangunan konkrit sepenuhnya. Naik taraf tandas guru dan pejabat

     Pada tahun 2007, Pondok Pengawal telah dibina bagi keselamatan sekolah dan warganya.

     Pada November 2007, Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah dinaik taraf dan dijadikan Bilik Pemulihan Khas untuk keselesaan Pengajaran & Pembelajaran murid.

     Pada pertengahan tahun 2008, Bilik Pemulihan Khas telah dicat dan lantainya dilengkapi jubin.

     Pada 2009, bangunan sekolah telah dicat semula, lantai Bilik Guru, Bilik Sains, Bilik Gerakan dan Pusat Sumber telah dilengkapi jubin

     Tandas murid juga telah dinaik taraf dan dalam keadaan ceria.

     Pada bulan Disember 2009, Bilik Stor Pendidikan Seni Visual, Bilik Pendidikan Jasmani & Kesihatan serta bilik Kemahiran Hidup telah dinaiktaraf. Pejabat dan Bilik Guru Besar juga dinaiktaraf.

     Bengkel baru Bilik Kemahiran Hidup mula digunakan pada bulan Mac 2010.

 

 

Fizikal

Pagar

 

Bilik SPBT yang lama dinaiktaraf dan dijadikan Bilik Pemulihan Khas

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola